Wednesday, 8 April 2015

Khasiat Manjakani

Majakani atau manjakani telah lama dikenali di Indonesia sebagai tumbuhan yang bermanfaat untuk kesihatan organ intim wanita. Biasanya digunakan untuk mengatasi keputihan mahupun untuk menjadikan organ intim wanita lebih anjal. Dalam banyak penyelidikan, Buah Majakani bermanfaat untuk kesihatan organ intim kerana mengandungi tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.

Pohon Manjakani sendiri tumbuh di wilayah Indonesia, namun demikian bila dibandingkan dengan daun sirih ternyata buah majakani yang kaya manfaat ini belum digunakan secara optimal. Di beberapa negara misalnya China, India, Arab, Iran, Malaysia dan Brunei Darussalam, Buah Majakani sudah banyak digunakan sebagai bahan herbal untuk mengatasi pelbagai penyakit organ intim.

Buah Majakani berasal dari pohon manjakani atau juga dikenali sebagai Pohon Oak. Pohon majakani dikenali pula dengan “Oak Galls”. Pohon ini juga mempunyai nama yang lain iaitu Mecca Majakani.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan

1. Awet Muda: Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel
2. Pencegahan barah payudara dan Rahim: Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim
3. Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj
4. Merawat otot-otot di dalam faraj: Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula
5. Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa
6. Membersihkan lelehan haid dan nifas: Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
7. Mengecutkan semula tisu-tisu: Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin
8. Menegangkan dan mencantikkan kulit: Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat
9. Rawatan payudara: Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya
10. Mata yang sihat: Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata
11. Gigi dan tulang: Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang
12. Mulut: Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut
13. Kulit kering dan berminyak: Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak
14. Perawatan kronik ulser: Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser
15. Pencegahan Kencing Manis: Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah
16. Pelbagai khasiat makanan: Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Cara Kegunaan

1. AIR BASUHAN FARAJ
Rebus air seperiuk, masukkan sesudu dua serbuk manjakani, tunggu menggelegak dan sejukkan. Jika disimpan boleh tahan selama seminggu (simpan dalam botol). Juga boleh terus campur sedikit serbuk manjakani dalam gayung / cebok dan bilas. Tapi tak bolehlah disimpan lama kerana air paip mengandungi klorin dan ditakuti cepat rosak atau busuk.

Air yang telah direbus itu juga boleh diletak didalam botol spray untuk permudahkan kita spray bila-bila masa.

2. MASKER FARAJ
Ambil sedikit serbuk manjakani dan campurkan air / baby oil / olive oil / minyak masak untuk memudahkan ditampal di faraj. Biarkan selama yang boleh dan bilas jika ada keperluan untuk ke tandas. 

Jika kulit sensitif terutama bila berpeluh dan mempunyai kesan elergik, cara ini mungkin tidak sesuai dan perlu dihentikan.

3. MAKAN
Air rebusan manjakani juga boleh diminum (kalau tahan pahit) atau dicampurkan sedikit dengan madu atau susu pekat manis untuk samarkan rasa pahit (terpulang pada kreativiti anda).

4. MASKER MUKA / BADAN
Campurkan serbuk manjakani dengan sedikti air untuk dijadikan pes. Tampal dimuka untuk hilangkan jerawat dan mengecutkan jerawat batu.

Pupur / lulur muka dan badan untuk menegangkan kulit dan pada tempat-tempat yang bermasalah contohnya ketiak untuk mencerahkan kulit. Sesuai untuk lelaki juga.

5. INSERT KE FARAJ
Gentel serbuk dengan sedikit air dan masukkan ke faraj. Insyaallah akan cepat ketat dan menarik lendir-lendir  atau darah beku selepas bersalin.

6. SAPU UNTUK BUASIR
Jadikan pes dan tampal di tempat yang bias / luka.

7. UNTUK KEGUNAAN SEISI KELUARGA
Campurkan serbuk manjakani dengan olive oil / minyak gamat. Boleh disimpan dan diguna untuk mengubati luka.

AMARAN!

Tidak sesuai untuk digunakan oleh wanita yang belum berkahwin (kecuali mengalami masalah keputihan yang teruk), dalam haid, megandung dan menyusukan anak.

Dapatkan serbuk / kapsul Manjakani ASLI 100%, sila Whatsapp ke 019- 3188004
  • Home Made
  • TIADA campuran bahan kimia lain
  • 100% serbuk manjakani tulen
  • Boleh disimpan bertahun-tahun tanpa berkurang khasiat
  • Sila simpan di tempat kering dan kedap udara